SELAMAT DATANG TEMAN,SEDIKIT PERKATAAN UNTUK DIHADAMKAN

Sunday 13 March 2011

SHOESHOESHOESHOE im addicted !



this higheels is killing ME ! no way i cant afford one , but well , im sooooooo inlove with this stuffffff :( is it nice ? ahh please!

Friday 11 March 2011

adakah anda marah? !

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

APAKAH HIJAB ITU TREND ATAU KERELAAN HATI

Saban hari aku kelihatan semakin ramai wanita yang bertudung, aku sendiri berasa gembira melihat rakan seagamaku yang mendapat kesedaran untuk melakukan perkara ini. Namun begitu, dalam pada mereka memakai tudung, terdapat perkara lain yang seperti tidak diambil berat. Antara tujuan pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat, tetapi apabila tudung dipakai dengan t-shirt lengan pendek, ataupun baju yang terlalu ketat sehingga menjolok mata, adakah tujuan asal tadi akan dapat dipenuhi?
Seringkali aku tertanya, kenapa perkara ini terjadi? adakah disebabkan pengaruh media hiburan? adakah disebabkan salah didikan? salah fahaman? atau adakah sebab lain yang menyebabkan perkara ini berlaku? Saban hari, terlalu ramai yang aku temui yang memakai tudung (alhamdulillah) tetapi memakai t-shirt lengan pendek yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh serta lengan mereka dengan jelas. Tidak kurang juga yang memakai tudung terlalu pendek, sehingga menampakkan “lurah dendam” kerana t-shirt yang di pakai kurang bersesuaian. Tidakkah terasa pelik atau janggal apabila mengenakan gabungan pakaian sedemikian?

Adakah dengan bertudung, kita boleh mengabaikan konsep pemakaian yang lain? Aurat perempuan itu bukan semata-mata pada rambut, tetapi keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan muka. Kemudian, terdapat juga mereka yang memakai tudung, tetapi disebabkan rambut yang terlalu panjang, rambut itu terkeluar dari tudung di bahagian belakang. Aku biasa terperasan perkara ini semasa memandu kereta, dan kebiasaannya gadis-gadis seperti ini sedang menaiki motorsikal bersama kekasih atau suami mereka.

Aku harap, tiada siapa yang akan tersinggung dengan penulisan hari ini, aku sekadar ingin bertanya pendapat dan komen dari para pembaca mengenai situasi ini, terutama pendapat dari golongan wanita itu sendiri, kerana aku cuba memahami apa yang sedang difikirkan apabila memakai gabungan pakaian seperti itu. Aku memohon maaf jika penulisan kali ini menyebabkan gangguan minda, emosi atau apa sahaja kepada diri anda.

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
"


AKU MAHU PAKAI TUDUNG
AKU TIDAK MAHU AURAT KU DILIHAT LELAKI
YA ALLAH JAUHKANLAH SYAITAN DARI AKU

PEMANGKIN INTELEKTUALISME MAHASISWA

well, berkenaan dgn tajuk aku harini sebgai pelajar UiTM di hati ku , aku terpikir juga ,WHICH WAY , WHAT WAY the students can get info , anything about global issues , anything about the world , the president , the economic it self , the organisation inside or outside of the country , what happen , OKAY STOP too much :) HAHA .GET BACK IN THE TRACK , do student READ an article , or books or new paper? PERHAPS , a lill not to much i guess .talking about the PLATFORMS where student can get any info and issues, my idea is , absolutely by network , mcm FB , TWITTER and the other one i ddnt know , sorry no offend , i dont think myspace and tagged is the best platform to be in a community , to get yourself knowing about the issue , AH PUHLEASEEEE.well aku menekan kan idea aku disini why twitter and facebook is the best WAY , because simple and easy thing , WE DONT READ WE DONT READ we only LOOK AT IT! asam garam rakyat malaysia ,rata2 tidak membaca , hanya sekadar melihat , membaca tuh pun kalau novel cinta cintun , gempak , lawak antarabangsa , dan pelbagai lagi , buknnya tak boleh baca , dipersilakan lah wahai rakyat sekalian membaca komik dan majalah , sbb aku pun same jeeeeeeeee ! well , in my perception ,twitter didnt bring me any boring . instead of havingggg ALLLLLL of the timeline by the fact that i followed , i also follow a few artis inside and outside negara , a lil jokes words to be in my timeline and a lil fact , an a lil issues and a lil thing about my world without border.just simple ,bila kaurang browse korg punya time line ... korg akan seronok baca timeline artis , and takkan terlepas baca timeline artis and then akan berselang seli dgn timeline fact about our worlds , dari situ kita dpt info info terkini ,korg akan dpt info TANPA SENGAJA , thats why i said , TWITTER is the best way! aku bukan la nak ckp aku ni cerdik atau apapun , sbb aku ni jenis manusia susah membaca , memang tkkan membaca , so twitter ni pandai godek kepala aku :) WELL DONE.aku hanya sharing my thoughts



BILA LAGI ORG MELAYU?
MAJU KAN BANGSA KITA

MAJU KAN NEGARA KITA
INSYAALLAH kita DI MATA DUNIA

Thursday 10 March 2011

AFIQAH who doesnt sleep from laughing!

hi , me again , and ofcourse :) well to collegers , dont look bad on me , because i aint no bad at all , i aint drunkers , drinkers ,gamblers ,i aint clubbers , i aint bitches ,i aint smokers :) well i love to laugh its like my laughing gas of in otehr words its A OXYGEN!i dont know people will look like -BAD- that face what i see , saw ! hahahaahah well if lepak with us , confirm ! kau emsti nk gelak kuat :) gelak kuat will get rid the-fucker-bulshit-punyaharam j-MASALAH.kitrg tkde masalh pun , tetiap hari memang kitrg gelak , banyak2 table , table kitrg paling hebat ah !well , gelak2 kitrg yg hebat2 ni , aku ni pemalu , pemalu sngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat, hahahaha well YA KNOW ME , but bila dah kenal dgn budak budak class , tetiap hari ebrsama , mmg habis aku tk malu lah en , haha maaf lewwwww. well .kadang2 org gelak sbb dia nk sorok masalah nya , kadang dia nak lupakan masalahnya , kadang dia MEMANG dah 'tinggal' kan masalahnya kt rumah

Wednesday 9 March 2011

VANS or LACOSTE or MACBETH

hi all , today im bag with furious feelin in shoes world ,well sape yang tanak berfashion and menyelit kan sedikit jenama mahal ?this is where my hear come from , i love shoes , my mom love shoes , at the begining , gua lost terus minat dkt shoes , sebab musabab?

1.KAKI AKU BAPOK BESO (saiz 42 uk)
2.dah tu jarang jumpe design comey2

ni lah kasut kasut yang minat






okay tu je alasannye :) but smpai sekarang diumur 19 tahun ni , aku tkpenah pakai heels ke kelas , when i was in my highschool , i was sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo-hate-higheels ! hahahahaha because it looks like DUCK , QUAK QUAK!but now ,dah masuk alam college , berdepan dengan pelbagai org dan bentuk muka bumi , dia membuat aku anjakan paradigma pada gua ni kan , gua suka pulak higheels , ADUH , antara kedai aku tercari cari higheels ialah dkt charles and keith! sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh -.- buat aku nangis ,saje je .HAHA

Tuesday 8 March 2011

FIXIE? TREND ATAU PASSION?



zaman kana2 kembali , dulu seronok je mak ayah belikan basikal , nak nak yang basikal racing boleh tukar2 gear kan , but skrg lain ceirta pulak,FIXED GEAR atau lebih dikenali dengan FIXIE, adakah satu trend atau hobi berbasikal anak remaja sekrg? bg sesiapa yang tak tau ,fixed gear ber maksud gear yang tetap , means , kalau korg kayyuh basikaltu ke belakang pun boleh , pandai controll ah , jgn terek sngt kau gi sondol bas ! ahaahhaha fixie ni berbeza sedikit dgn racing bike dari segi frame dia , and gear , apatah lagi tayar, kalau racing gear tu boleh tuka2.frame pulak fixie lebih kenpada plane and mcm2 warna bebudak ni pergi spray , cantk mcm candy taw , kalau ke kl mlm2 banyak la nmpak bebudak naik fixie bike ni , tpi ad ekah ianya satu trennd atau hobi?





ini adalah jenis2 fixie bike menarik bukan , tetapi sekarang ni hanya tinggal trend , ramai dah org buat bike ni as a trend , not as a hobi which is menyihat kan badn , berhabis duit mencantikkan basikal dah rupe beca dibuatnya.memang la memiliki basikal fixie tu as a excercise , but withoutthose safety kit -.- dgn FIXED GEAR , takde handbrake unless you u guys put a pair of it on your FB laaa kan , but ya know , its not like i jealous i dont have one , i got one which is my brother's okay , but , tolong la, dlu having a camera looks like cool , but actually satu hapak pun kau taktau pakai camera tu cmne , apa ISO , apa aperture apa f numbe , apa2 tentang camere , okay butik basikal yang aku tau dkat wangsa maju , dkt situ nais jugak , and the other one palig famous GRAFA ss 15 subang jaya selangor .tu jela yang aku tau.Dalam keadaan licin beberapa biker lebih memilih untuk naik fixie bike kerana mereka percaya dapat memberikan maklum balas peningkatan pada grip belakang.
setiap kecerunan lebih sukar kerana bikers harus memainkan pedal pada kelajuan yang sangat tinggi (kadang-kadang pada 170 rpm atau lebih), atau menggunakan rim untuk melambatkan. Beberapa menganggap bahawa cepat berpusing ketika turun yang laju kenaikan atau fleksibiliti, yang katanya untuk kemudian meningkatkan prestasi mengayuh pada setiap jenis kelajuan
tetap tersebut dianggap oleh beberapa orang untuk menggalakkan gaya mengayuh lebih berkesan, yang dituntut diterjemahkan menjadi kecekapan dan daya apabila digunakan pada kelajuan yang dilengkapi dengan Freewheel.
Ketika pertama kali naik gigi tetap, pengendara sepeda digunakan untuk Freewheel memiliki kecenderungan untuk mencuba ke pantai, terutama ketika mendekati sudut atau halangan. Sejak freewheeling, atau meluncur, tidak mungkin, ini boleh menyebabkan apa saja dari sebuah 'tendangan' ke kaki trailing, sampai kehilangan kawalan basikal.
Riding dengan kelajuan sekitar sudut boleh sukar bagi pemandu pemula, sebagai pedal boleh menyerang jalan, mengakibatkan kemungkinan kehilangan kawalan.
Tanpa gigi, fixed-gear pesepeda tidak boleh pindah ke gigi yang lebih menguntungkan untuk curam tanjakan atau keturunan.
Juga, basikal gigi tetap mempunyai bahagian yang bergerak lebih sedikit dari sepeda multi-gear dan kerananya memerlukan sedikit penyelenggaraan.