SELAMAT DATANG TEMAN,SEDIKIT PERKATAAN UNTUK DIHADAMKAN

Friday 11 March 2011

APAKAH HIJAB ITU TREND ATAU KERELAAN HATI

Saban hari aku kelihatan semakin ramai wanita yang bertudung, aku sendiri berasa gembira melihat rakan seagamaku yang mendapat kesedaran untuk melakukan perkara ini. Namun begitu, dalam pada mereka memakai tudung, terdapat perkara lain yang seperti tidak diambil berat. Antara tujuan pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat, tetapi apabila tudung dipakai dengan t-shirt lengan pendek, ataupun baju yang terlalu ketat sehingga menjolok mata, adakah tujuan asal tadi akan dapat dipenuhi?
Seringkali aku tertanya, kenapa perkara ini terjadi? adakah disebabkan pengaruh media hiburan? adakah disebabkan salah didikan? salah fahaman? atau adakah sebab lain yang menyebabkan perkara ini berlaku? Saban hari, terlalu ramai yang aku temui yang memakai tudung (alhamdulillah) tetapi memakai t-shirt lengan pendek yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh serta lengan mereka dengan jelas. Tidak kurang juga yang memakai tudung terlalu pendek, sehingga menampakkan “lurah dendam” kerana t-shirt yang di pakai kurang bersesuaian. Tidakkah terasa pelik atau janggal apabila mengenakan gabungan pakaian sedemikian?

Adakah dengan bertudung, kita boleh mengabaikan konsep pemakaian yang lain? Aurat perempuan itu bukan semata-mata pada rambut, tetapi keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan muka. Kemudian, terdapat juga mereka yang memakai tudung, tetapi disebabkan rambut yang terlalu panjang, rambut itu terkeluar dari tudung di bahagian belakang. Aku biasa terperasan perkara ini semasa memandu kereta, dan kebiasaannya gadis-gadis seperti ini sedang menaiki motorsikal bersama kekasih atau suami mereka.

Aku harap, tiada siapa yang akan tersinggung dengan penulisan hari ini, aku sekadar ingin bertanya pendapat dan komen dari para pembaca mengenai situasi ini, terutama pendapat dari golongan wanita itu sendiri, kerana aku cuba memahami apa yang sedang difikirkan apabila memakai gabungan pakaian seperti itu. Aku memohon maaf jika penulisan kali ini menyebabkan gangguan minda, emosi atau apa sahaja kepada diri anda.

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
"


AKU MAHU PAKAI TUDUNG
AKU TIDAK MAHU AURAT KU DILIHAT LELAKI
YA ALLAH JAUHKANLAH SYAITAN DARI AKU

No comments:

Post a Comment